Tuesday, September 29, 2009

Bayaran Adsense Menggunakan Western Union di Malaysia

Sekarang ni saya dan kebanyakan pengamal adsense di Malaysia menggunakan Western Union. Mudah dan cepat. Iaitu kita boleh cashkan on the spot. Saya cadangkan anda juga menggunakan Western Union.

Cara nak setup penerimaan western union:

Mesti sebelum 15hb

* Login
* Klik tab My Account
* Pilih Setup Western Union Quick Cash
* Klik Continiue
* Pastikan Payee Name adalah sama dengan Nama di Mykad kita.
- Kalau tak sama, kita boleh ubah dan menghantar email kepada support GA dan mengatakan kita mahu edit nama kerana ingin menggunakan Western Union.
* Save



Selepas itu, jangan lupa update semula di ruangan Tax information

* Klik tab My Account
* Klik tax information
* Klik pada "change your tax information"
* Check No, no dan submit.

Western Union boleh ditunaikan di mana-mana bank yang ada tampal sticker Western Union juga di Pejabat Pos

Cara nak keluarkan wang dari Western Union ialah:

1. Photostat MyKad
2. Minta borang WU di kaunter
3. Isi maklumat yang diperlukan
4. Jangan lupa letak penghantar Google Inc.

Ada kaunter akan menyoal anda sedikit soalan kerana memang dah prosedurnya tetapi kebanyakannya tak tanya pun..

Soalan yang biasa di tanya:

1. Dari negara mana - jawapan United States
2. Atas tujuan apa - pembayaran iklan GA

Kemudian tunggu sekejap (kadang-kadang lama juga) tunggu diaorang fax form kita ke HQ dan apabila sudah diapprove, kita akan mendapat secara tunai masa tu juga. maksimum pengeluaran GA melalui Western Union ialah $2,800.00 US.



Saturday, September 26, 2009

TRBS Crewz - Photo Blogs


Aku telah berjaya launch photoblog terbaru geng dan aku..kite orang suka mengambil gambar.. dan semenjak kawan aku membeli kamera Nikon D5000, kegilaan untuk mengambil gambar semakin membuak²...

Ini adalah halaman utama Photoblog kami.. tak banyak post..tapi gambar dah banyak ambik... tunggu masa aje nak post..

Banyak gambar kenangan bersama rakan², teman² dan kawan²...tak kesah kemara jenis ape pun janji gambar yang diambil cukup memuaskan hati..

Antara kamera yang digunakan ialah: nikon D5000, panasonic lumix, kamera handphone dan sebagainya..

Disini adalah menu komen.. klik kat "comment".. dimana pengunjung boleh komen atau bertanya mengenai gambar² yang telah kami postkan..

Harap ramai yang datang tengok dan kasi komen yang positif.. Dapatlah kita bertuka² pendapat dan pandangan serta ilmu...

Gambar last ini adalah gambar² sudah dipost... mudah untuk pengunjung pilih gambar yang mana nak tengok..


p/s: harap ramai yang jenguk dan beri pandangan dalam comments kami..

p/s/s: http://trbscrewz.co.cc









Wednesday, September 23, 2009

Ketupat


Ketupat, tentunya sudah kita kenal sejak dulu terutama populer manakala menjelang Hari Raya Idul Fitri atau Hari Raya Idul Adha. Ketupat adalah sejenis makanan yang terbuat dari nasi dan dibungkus oleh daun kelapa muda atau dikenal juga dengan janur.

Umumnya ketupat identik sebagai hidangan spesial lebaran, tradisi ketupat ini diperkirakan berasal dari saat Islam masuk ke tanah Jawa.

Dalam sejarah, Sunan Kalijaga adalah orang yang pertama kali memperkenalkannya pada masyarakat Jawa. Beliau membudayakan dua kali Bakda, yaitu “Bakda Lebaran” dan “Bakda Kupat”. Bakda Kupat dimulai seminggu sesudah Lebaran. Pada hari yang disebut Bakda Kupat tersebut, di tanah Jawa waktu itu hampir setiap rumah terlihat menganyam ketupat dari daun kelapa muda. Setelah sudah selesai dimasak, kupat tersebut diantarkan ke kerabat yang lebih tua, menjadi sebuah lambang kebersamaan.

Ketupat sendiri menurut para ahli memiliki beberapa arti, diantaranya adalah mencerminkan berbagai macam kesalahan manusia, dilihat dari rumitnya anyaman bungkus ketupat. Yang kedua, mencerminkan kebersihan dan kesucian hati setelah mohon ampun dari segala kesalahan, dilihat dari warna putih ketupat jika dibelah dua. Yang ketiga mencerminkan kesempurnaan, jika dilihat dari bentuk ketupat. Semua itu dihubungkan dengan kemenangan umat Muslim setelah sebulan lamanya berpuasa dan akhirnya menginjak hari yang fitri.

Kulit Ketupat
Ketupat Identik dengan Lebaran. Rasanya, kurang lengkap kalau hidangan yang satu ini tidak hadir di meja makan Anda. Selain lezat sebagai makanan, bentuk “selongsong” ketupat yang khas merupakan benda yang menarik untuk dijadikan hiasan. Anda bisa memanjangkulit ketupat dari janur asli, janur – januran alias janur dari plastik, atau dari pita. Kulit ketupat sudah banyak dijual di berbagai tempat, baik untuk hidangan maupun untuk hiasan. Cara membuatnya pun sudah banyak yang bisa. Namun tak ada salahnya jika kali ini kami memberikan bagaimana langkah – langkah pembuatan kulit ketupat ini. Adapun langkah – langkahnya adalah seperti berikut.

1.Satu – satunya bahan yang digunakan di sini adalah janur, yang memang merupakan bahan dasar ketupat.
2. Langkah pertama, gulung janur sampai tiga kali gulungan pada tangan anda dengan posisi pangkal janur menghadap ke atas.

3. Ambil janur satu lagi, gulungkan juga pada tangan anda sebanyak tiga kali. Namun kali ini posisi pangkal janur menghadap ke bawah.
4. Buatlah kedua gulungan janur tapi saling bersilangan. Namun janur harus tetap dalam posisi tergulung.
5. Ambil salah satu ujung janur dan putar ke belakang susunan janur tadi.

6. Masukkan ujung janur yang sudah diputar ke belakang tadi, ke janur yang berada pada posisi tengah. Cara memasukkan janur tersebut seperti mengayam.
7. Teruskan ayaman tadi sampai bawah. Lakukan hal yang sama pada ujung janur yang satunya lagi.
8. Pangkal janur yang sudah terletak di samping, langsung bisa diayam ke atas.
Lakukan hal ini pada kedua pangkal janur hingga bertemu di bagian atas ketupat.


Ini adalah hasil anyaman aku sendiri... tak jadi ketupat biasa tetapi jadi ketupat ketam...
Cantik gak ketupat ketam ni. Ilmu diturunkan oleh arwah datuk aku..


p/s: nak belajar buat ketupat ketam? senang jer..

Saturday, September 19, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Hari Raya Puasa merupakan perayaan yang dirayakan diseluruh dunia bagi menandakan berakhirnya bulan puasa Ramadan di mana umat Islam akan berpuasa dan beribadat dengan lebih tekun. Hari Raya Puasa bermula apabila anak bulan kelihatan, menandakan bermulanya bulan Syawal, iaitu bulan ke sepuluh dalam kalender Hijrah Islam. Anak bulan akan diperhatikan oleh pegawai bertugas pada sebelah petang hingga waktu maghrib di beberapa tempat strategik di Malaysia.



Perayaan Hari Raya Puasa juga merupakan berakhirnya tempoh untuk membayar zakat fitrah iaitu zakat yang dikenakan kepada mereka yang masih hidup sehingga masa itu. Zakat fitrah tidak perlu dibayar bagi mereka yang telah meninggal. Kebiasaannya orang Islam juga akan mula membayar zakat fitrah semenjak bulan puasa dan zakat fitrah ini akan berhenti dikutip apabila sembahyang sunat Aidil Fitri dimulakan.

Perayaan Hari Raya Puasa bermula sebaik sahaja anak bulan disahkan kelihatan oleh pemegang Mohor Besar Diraja, dimana takbir akan bergema di masjid-masjid menandakan mulanya perayaan Hari Raya Puasa. Pada keesokkan harinya, pada awal sebelah pagi, sesetengah orang akan pergi membersihkan perkuburan orang yang disayangi dan berdoa agar roh mereka dirahmati Allah.

Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Sembahyang sunat Hari Raya Puasa sebanyak 2 rakaat pula akan diadakan pada sebelah pagi, biasanya agak lewat sedikit berbanding Hari Raya Korban. Kita disunatkan untuk makan sedikit sebelum menunaikan sembahyang sunat Aidil Fitri. Selain itu kita disunatkan juga untuk pergi dan balik daripada mengerjakan sembahyang sunat Aidil Fitri melalui jalan yang berlainan.

Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan berbondong-bondong melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian baru dan selepas itu, mereka yang muda akan memohon kemaafan daripada mereka yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi antara sesama mereka.

Pada hari raya, Aidil Fitri, kita disuruh agar membantu mereka yang dari golongan fakir miskin. Mereka yang malang ini jangan dilupakan dan hendaklan diraikan dan diberi bantuan sekadar yang mampu.

Pada zaman nabi, perayaan Hari raya Aidil Fitri hanya disambut selama 1 hari sahaja, berbanding dengan perayaan hari raya Aidil Adha yang disambut selama tiga hari.

Selepas meraikan hari raya Aidil fitri, orang Islam juga disunatkan untuk berpuasa enam hari atau 'puasa enam'. Puasa enam boleh dilakukan secara berturut-turut atau berselang-seli tetapi mesti dihabiskan di dalam bulan Syawal. Ini berdasarkan sabda Nabi S.A.W.


"Sesiapa yang berpuasa Ramadan, kemudian diikuti puasa itu dengan puasa enam hari di bulan Syawal, maka pahalanya sama dengan nilai puasa satu tahun (penuh)."
(Riwayat Muslim.)

Tuesday, September 15, 2009

Masalah Tidur

Masalah tidur merujuk kepada keadaan apabila seseorang itu sukar untuk tidur, tidak dapat tidur nyenyak pada waktu malam, sentiasa merasa mengantuk walaupun tidur selama 8 jam atau lebih, sering terjaga terlalu awal, sering tersenguk-senguk walaupun dikhayalak ramai, dan tidak dapat menumpukan perhatian ketika melakukan sesuatu pekerjaan.


Masalah ini akan menyebabkan anda berhadapan dengan keadaan yang berikut :-

* Mempunyai mata yang bengkak disebabkan kekurangan tidur.
* Sering merasa letih dan tertekan pada waktu pagi dan malam.
* Sering tertidur ketika berada dikhayalak ramai.
* Kurang aktif dan kurang mempunyai hubungan sosial.
* Sukar untuk menumpukan kepada isu yang dibincangkan dan fikiran sering merawang kepada pekara lain.
* Sering mendapat masalah kesihatan seperti kejang otot, sakit perut, pening, dan lain-lain.
* Sukar tidur, sering terjaga malam, atau terjaga terlalu awal.
* Takut waktu tidur kerana risau susah tidur.
* Mudah tersinggung.
* Mengambil ubat-ubatan dalam beberapa bulan kebelakangan ini.
* Sering menggunakan rokok, alkohol, ubat untuk menenangkan diri sebelum tidur.
* Ketagihan kepada ubat penenang.

Jenis-jenis masalah tidur.

Jenis-jenis masalah tidur yang biasa didapati adalah seperti berikut :-

1. Insomnia
2. Berdengkur dan Apnea
3. Narcolepsy
4. Sindrom Kaki Resah (Restless Leg Syndrome (RLS))
5. Masalah Pergerakan Anggota Berkala (Periodic Limb Movement Disorder (PLMD))

Akibat kurang tidur

Walaupun selama ini masalah tidur tidak dianggap sebagai masalah yang besar, kajian baru-baru ini menunjukkan bahawa masalah tidur boleh membawa kepada masalah jantung. Dalam satu kajian dari tempoh 1996 sehingga 1998, dan diterbitkan dalam journal "Occupational and Environmental Medicine" keluaran Julai, terdapat bukti bahawa risiko mengalami serangan jantung berganda bagi mereka yang bekerja lebih daripada 60 jam seminggu dan tidak tidur seperti normal. Kajian itu membabitkan 260 lelaki berusia antara 40 - 79 tahun yang dimasukkan kedalam hospital disebabkan serangan jantung kali pertama. Kajian tersebut turut membabitkan kumpulan kawalan seramai 445 orang seusia tanpa penyakit jantung.

Kesemua peserta kajian menjawap soalan berkenaan jam bekerja seminggu, hati rehat, masa tidur harian untuk bulan lalu dan selama tahun lalu. Potensi risiko sakit jantung terperinci seperti gaya hidup, berat badan, dan kesihatan diri seperti darah tinggi, ketinggian kalesterol, dan kencing manis (diabetes).

Kajian mendapati lebih panjang waktu bekerja berkait dengan lebih sedikit hari rehat, dan lebih pendek waktu tidur termasuk waktu tidur kurang daripada 5 jam dalam kedua dua kumpulan. Bagaimanapun mereka yang ada sakit jantung bekerja lebih lama, kurang tidur, dan tidur kurang daripada lima jam lebih kerap berbanding mereka yang dalam kumpulan kawalan. Mereka yang bekerja melebihi 60 jam seminggu menggandakan risiko sakit jantung berbanding mereka yang bekerja 40 jam atau kurang seminggu.

Bagaimanapun pengkritik menyatakan kajian itu didasarkan kepada soaljawab peserta yang mungkin tidak dapat meningati dengan tepat tempoh mereka bekerja dan tempoh mereka tidur untuk setahun yang lalu. Selain itu, kajian dengan menggunakan tikus yang tidak dibenarkan tidur sehingga mati tidak menunjukkan sebarang kelainan pada jantung tikus tersebut. Kemungkinannya gabungan kurang waktu tidur dan kuat bekerja, meningkatkan tekanan darah dan kadar degupan jantung, mengakibatkan jantung tidak berfungsi dengan normal.

Oleh itu adalah penting bagi anda untuk menjaga tidur anda. Pastikan anda mendapatkan tidur yang mencukupi setiap malam. Sekiranya anda mengalami masalah tidur yang berpanjangan, sila rujuk kepada doktor untuk mendapatkan rawatan.

Rujukan

http://www.vcu.edu/sleepwell/disorders.html
http://www.prohealthnetwork.com/library/showarticle.cfm/ID/428/e/1/T/Health/