Orang tua-tua dulu ada banyak petua dan nasihat yg diturun temurunkan kepada anak2 dan cucu2... aku tidak ketinggalan dengan pesanan, petua dan nasihat tersebut. apa yang masih aku ingat aku sampaikan disini untuk renungan bersama.
1) kalau pada hari khamis hujan turun tak henti2 sampai malam maka itu petanda hujan akan berterusan sampai 3..4..hari.
2) kalau masuk hutan mencari rotan, jangan sesekali gulung rotan itu kerana jikalau rotan itu digulung takut kita tidak dapat cari jalan keluar(sesat dalam hutan).
3) kalau terkena sengat binatang berbisa(lipan, jenking, tebuan) cepat2 minum air agar bisa itu cepat hilang.
4) kalau masuk hutan dan terserempak dengan binatang seakan harimau tapi tak tau itu harimau atau kucing hutan, maka yg boleh membezakan harimau dan kucing dengan telinga nya... harimau bertelinga bulat dan kucing bertelinga tajam.
5) kalau sakit perut tapi tak ade ubat maka urutlah labu betis..insyaallah kurang sakitnya.
6) setiap kali keluar dari rumah bacalah ayat 3 kul agar rumah kita sentiasa dilindungiNya.
7) seeloknya bela ikan kat rumah. lebih elok kalau kita bela ikan puyu, kerana ikan boleh mengelakan kita dari sihir pukau.
8) nak terangkan mata yg kelabu/kabur.. bangun pagi2 dan lihat daun2 pokok yg kaler hijau.
9) terserempak dengan anjing..anjing tu macam nak terkam kita.. apa yang perlu kita lakukan ialah dengan pelahan2 kita duduk/tunduk dan tangan menepuk-nepuk tanah dan capai batu, kayu dan apa2 yg boleh buat senjata.
10) setiap kali pokok jambu golok(pokok gajus) berbunga maka itu petanda musim mencandat sotong dah bermula. time tu kalau pi mencandat komperm dapat banyak sotong..insyaallah
***semua ini aku dapat dari orang tuaku, ada yang aku pernah buat, amal dan ade yg belum dicuba...apapun kita hanya perlu ingat dan berserah kepada kekuasaan ALLAH swt***
No comments:
Post a Comment