Disini aku nak paparkan 10 senarai peristiwa/kenangan yang berlaku semasa aku disekolah menengah(SEMKIF). Banyak peristiwa yang berlaku antara anak murid dan cikgu.
1) Cikgu Mat Nizar
-cikgu mat niza mengajar pendidikan seni disekolah(mase aku form 1 tapi sekarang dia dah jadi PK-HEM atau pangkat lagi tinggi). aku dan kawan2 aku sangat baik dengan cikgu mat niza. kenal dari form 1 sampai form 5.
-banyak kenangan bersama beliau antaranya kami dapat tempat ke3 dalam pertandingan Landskap Kebun antara skolah2 di terengganu.
-kenangan bersama beliau ialah buat barbekiu, gerai makan 3k, pertandingan syair & sayembara, time aku ponteng kelas aku gi bilik cikgu mat niza dan buat2 rajin tolong dia dan banyak lagi aktiviti yg aku dan kawan2 lakukan bersama cikgu mat niza.
2) Cikgu Mat
-cikgu mat ngajar matematik masa aku form 5. Cikgu mat memang bijak dan tahu cara untuk mengajar murid2 yang bermasalah dengan subjek matematik mcm aku ni. patot la dia dapat anugerah guru cemerlang.
-aku dari skolah rendah sampai form4 aku tak berapa pandai dengan matematik. berkat tunjuk ajar dari cikgu mat akhirnya aku mahir dan pakar dalam matematik. dan sekarang matematik adalah subjek kegemaran aku.
-kenangan yg takleh aku lupakan pasal cikgu mat ni ialah masa time dia ngajar dulu, handset dia berbunyi...apa dia buat? cikgu mat berkata "..hoh.., menda ape bunyi tu.." satu kelas gelak dan terpengung. *time tu kalau org pakai handset memang hebat.
3) Cikgu Swiah
- cikgu swiah mengajar matematik tambahan kat skolah aku. dia adalah cikgu yang paling cantik diskolah aku time tu. cikgu2 lelaki lain pun ade ngorat. memang cantik.
-Kenangan yang takleh aku lupakan ialah mase aku form 5. waktu tu lepas kelas agama islam(dari surau lepas ujian fardu ain nak pi masuk kelas), aku ngan geng duduk lepak kat tangga sebab masih awal dan kebetulan cikgu swiah ternampak kite orang. aduh...skali kena denda kat dalam kelas. semua yg berkenaan kena berdiri dan cikgu marah pasal duk melepak kat tangga.
-yang aku takleh lupa ialah mase cikgu swiah kata kat amir(labi) "..cikgu dulu susah, belajar kat rumah malam2 pakai pelita aje...betul tak amir?.."
amir(labi) dengan selamba jawab "....ooh itu dulu-dulu, sekarang dah moden kite tekan suis kat dinding je lampu terus buka..."
-terdiam semua, cikgu swiah dah mengalirkan air mata. keaadan menjadi sayu, sedih, nyesal pun ade... amir terus mitak maaf dari cikgu.. sejak dari hari tu kami tidak lagi melepak kat tangga. *maafkan kami cikgu..
4)Ustakzah Zafiah
- ustakzah zafiah ngajar aku mase form 1 , dia ngajar agama islam dan merangkap guru kelas.
- kenangan yg takleh lupa ialah masa dia suruh ketua kelas aku pergi panggil budak kelas yg tak masuk kelas(ponteng). yang kelakarnya ketua kelas aku pun turut serta ponteng kelas.
5)Cikgu Mat Over(lupe name sebenar beliau)
-cikgu mat over dapat name "mat over" pasal muka beliau sedebik same ngan mat over pimai pimai tang tu..hehe. beliau ngajar matematik mase aku form 1 dulu.
-kenangan yg takleh lupa ialah cikgu mat over amat titik berat akan hafalan sifir. kalau di tanya sifir dan takleh jawab maka makan penamparlah jawabnya.
*sampai sekarang aku masih hafal sifir.
6)Cikgu Mohd Azan
-cikgu mat zan ngajar sejarah dalam kelas tak silap aku laa..lupe dar
-kenangan yg takleh lupakan ialah cikgu mat zan kejar anuar pusing keliling meja dalam 4..5.. pusingan sebelum dia bagi anuar penampar.
7)Cikgu Kamal Ariffin
-cikgu kamal adalah cikgu disiplin kat skolah aku time tu aku form 3. murid lain semua takut ngan dia. silap langkah maka rotan lah yg hinggap kat punggung.
-kenangan yang aku takleh lupa ialah time dia ngajar dalam kelas aku.. kelas aku bersebelahan dengan padang bola. cikgu kamal berkata "..awak tak pelik ke tengok budak2 kat luar tu main bola sepak tapi senyak tupah takde bunyi.."
-satu kelas ketawa terbahak2.. mane taknye senyak tupah(diam) budak2 yang main bola sepak kat luar tu ialah budak kelas khas(kelas pekak & bisu).
8)Cikgu Zawiah
-cikgu zawiah ngajar pendidikan seni mase form 1.
-peristiwa yg takleh aku lupa ialah cikgu marah kami(budak laki2 shj) pasal masuk kelas lewat walhal kami ade perjumpaan pengakap. rupe2nya cikgu dah diracun oleh pelajar perempuan yg kate kite orang sengaja masuk lewat.
-sejak dari peristiwa tu, kite orang budak lelaki tak masuk kelas pendidikan seni dari awal tahun hingga tamat(form1-form2 tak amik pendidikan seni)..
9)Cikgu Zedi
-cikgu zedi ngajar aku mase form 1.. amat garang cikgu ni.
-peristiwa yg takleh aku lupakan ialah, time lepas kelas sebelum cikgu masuk kami main sepak gumpalan sampah(buat bola) dalam kelas. skali terserempak ngan cikgu zedi dan dia marah kite orang. dan dia cakap "....main ler lagi kenapa behenti.."
-kawan aku 'khairul iban' dengan bangang nye dia terus main..skali 'din bona' join.. teruk kami dikerjakan oleh cikgu zedi.
10)Cikgu Saidi
-cikgu saidi ngajar sejarah mase form 3. baik orang nya
-kenangan yg amat gempar dalam sejarah skolah apabila cikgu saidi buat lawak tapi lawak nya ntah ape2 ntah tak kelakar. erm...kite orang dengan nyenyeh gelakan cikgu saidi.
-terkejut seluruh kelas. kawan aku 'zul' di tarik oleh cikgu saidi dan dibelasahnya kat depan blackboard..dilutut, di sikunye zul sambil cikgu saidi berkata "...beruk! sape lagi nak jadi beruk?.."
comment dari aku: **Apapun yg terjadi walau baik atau buruk mana pun cikgu kami amat berterima kasih pada jasa mu. TERIMA KASIH CIKGU**
No comments:
Post a Comment