Saturday, August 29, 2009

Selamat Hari Merdeka ke 52 Tahun

SABAN tahun sambutan kemerdekaan dirasakan semakin kurang dirasai, apatah lagi tahun ini bulan kemerdekaan jatuh pada bulan Ramadan, jadi amatlah bertepatan jika ia disambut secara sederhana dengan menzahirkan keinsafan dan memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT.




Kita mungkin sering tertanya-tanya apakah erti sambutan kemerdekaan yang sebenarnya? Adakah sambutan memperingati kemerdekaan itu sudah cukup dengan kilauan percikan bunga api? Adakah memadai dengan kita mengalunkan irama-irama yang menyebut ‘kemerdekaan’? Adakah mencukupi dengan sekadar mengibarkan bendera dan meletakkan bendera di kereta masing-masing walaupun secara paksa rela?

Hakikatnya erti kemerdekaan menuntut setiap penduduknya memahami, menghayati dan mempertahankan kemerdekaan yang dikecapi di bumi berdaulat dahulunya yang dipanggil Tanah Melayu daripada tercemar dengan kerakusan kita sendiri agar generasi pewaris bangsa dapat memahami dan menilai erti sebuah kemerdekaan.

Walaupun saya tidak dapat merasai keperitan bersama mereka yang terdahulu memperjuangkan kemerdekaan, namun saya cukup berbangga dan bersyukur kerana dilahirkan pada tarikh keramat 31 Ogos, sekurang-kurangnya aura kemerdekaan itu dapat dirasai.

Namun apa yang menjadi persoalan berdasarkan isu-isu yang berlaku kebelakangan ini, tidak ada sebab untuk kita menolak daripada memikirkan di mana Melayu disaat kita meraikan kemerdekaan? Sepatutnya dengan kematangan 52 tahun kemerdekaan, orang Melayu menjadi bertambah kuat dan bersatu bukannya berpecah hanya kerana sedikit perbezaan ideologi.

Cuba kita fikirkan kenapa setiap hari di dada akhbar kita diseru untuk bersatu? maknanya cukup mudah iaitu adanya bibit-bibit perpecahan dan persengketaan, sama ada kita sedar atau buat-buat tidak sedar, tepuk dada tanyalah diri masing-masing.

Jika kita merasa risau dan bimbang tentang untung nasib bangsa Melayu, kita tidak akan pernah merasa jemu dan menyerah kalah untuk membangkitkan kesedaran serta menyeru bangsa yang hebat ini untuk bersatu.

Pelbagai resolusi, debat, seminar dan bermacam-macam lagi telah dicanang namun hakikatnya masih sama, adakah kita sudah berpuas hati dengan sekadar seorang dua saja bangsa kita yang terselit di celah-celah senarai orang terkaya?

Adakah cukup dengan seorang dua bangsa kita yang menerima pelbagai anugerah kecemerlangan? Hakikatnya kita perlu melahirkan lebih ramai jaguh di kalangan bangsa Melayu, tetapi di mana Melayu? Apa yang dibimbangkan, bagaimana untung nasib bangsa kita dalam jangka masa 10 atau 20 tahun akan datang? Adakah hanya Melayu akan tinggal nama saja? Kita perlu bangkit dari dibuai mimpi semalam.

Jika orang Melayu tidak bangkit dan berusaha, kita bimbang putaran waktu akan mempercepatkan kejadian yang amat kita takuti itu. Apa yang lebih dibimbangkan jika suatu hari nanti kita menjadi pedagang di bumi sendiri, lebih menakutkan jika kita menjadi ‘tetamu’ di rumah sendiri dan yang lebih merisaukan jika di saat kita membangkitkan bangsa Melayu ada di kalangan kita yang berkenduri besar atas apa yang berlaku.

Jika kita tidak memperjuangkan nasib bangsa dan kedudukan kita, siapa lagi yang akan ambil peduli?

Persoalannya adakan kita semua sedar di mana kedudukan kita sekarang ini? atau sekadar membiarkan apa yang berlaku kepada pemimpin yang ada? Ternyata tanggungjawab ini bukan terletak di atas bahu seorang individu sahaja tetapi setiap warga bangsa Melayu perlu memikul tanggungjawab agar segera bangkit dari lamunan memperjuangkan nasib bangsa.

Kita perlu tanya pada diri sendiri kenapa semua permasalahan ini berlaku? Kenapa kita dianggap lemah? Kita mudah melatah dan melenting apabila dicuit tetapi kembali berlembut apabila sduah sejuk.

Sempena bulan Ramadan yang mulia dan penuh keberkatan serta bulan untuk menyambut kemerdekaan yang ke-52, atas dasar Melayu/Islam marilah kita bersatu. Kita perlu buang ego masing-masing, buang jauh-jauh ‘peperangan emosi’, hindarkan peperangan psikologi dan tolak sama sekali peperangan politik.

Sebaliknya ambillah kesempatan walau sedetik untuk duduk semeja bertemu empat mata di antara kedua-dua pihak untuk membincangkan perpaduan Melayu/Islam. Jangan sampai gajah dengan gajah berperang tetapi kancil yang tersempit di tengah-tengah.

Rakyat ternyata sudah ‘muak’ dengan apa yang berlaku. Pilihan raya demi pilihan raya mengajar kita betapa pentingnya erti sebuah perpaduan Melayu/Islam. Apa salahnya demi kerana sebuah penyatuan kita lupakan seketika sengketa remeh dan perbezaan ideologi sebaliknya bulatkan tekad untuk duduk semeja bertemu secara empat mata-mata dari hati ke hati. Percayalah bahawasanya seekor ular yang bisa menyusur akar tidak akan hilang bisanya.



p/s: Selamat Hari Merdeka ke 52 Tahun kepada semua rakyat malaysia, moga kite terus kekal aman sentosa dan bersatu selamanya... amin..


Friday, August 21, 2009

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan dan Selamat BerPuasa

Selamat Menyambut BUlan Ramadhan... Setang Dah Pergi...Bulan Puasa Yang Penuh Keberkatan dah Datang..

Ape lagi kita tunggu jom pakat buat amalan.. bulan ramadhan ni pahalanya berlipat ganda.. Bagi muda-mudi mesti korang dah cari/ade pot nak ponteng puasa.. ingatlah awahai teman, ALLAH melihat kita dimana sahaja.


Bulan puasa makanan bukan lansung tak boleh dimakan. kita cuma berpuasa di waktu siang hari dimana bermula bila naiknya fajar dan habis bila terbenam matahari.. so line malam boleh makan puas²..


Lebih berkat jikalau dibulan puasa kita banyakkan amalan, buat kebaikan, tambah amalan sunat dan sentiasa berdoa.. insyaallah kita akan mendapat keberkatan daripadaNYA.


Ada orang pada bulan puasa ialah bulan menambah rezeki.. yer la, dia orang pakat jual kuih kat bazar ramadhan. memang ramai orang datang. komperm untung.. tapi jangan kita duk nak untung di dunia ni sahaja, kite kena juga cari keuntungan di akhirat kelak..

Bila dah puasa... di siang hari kita tak makan... so pada malam harinya kita dah boleh makan balik.. ape yang aku nak ingatkan... jangan pulak kite makan sakan pada malamnye.. jangan makan macam nak jadi ular sawa pulak.. makan sekadar alas perut untuk menambah tenaga nak buat ibadah cukup laa.. banyak berkat..


bulan ramadhan/puasa yang pasti buah kurma tidak dilupakan.. dah semestinya menjadi menu utama waktu berbuka puasa...

Buah kurma boleh menambah tenaga kita dibulan puasa.. ianya sunat dimakan semasa berbuka puasa..

Disini aku mengambil kesempatan kepada pengunjung blog aku yang tak seberapa ini SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN.... dan SELAMAT BERPUASA... puasa jangan tak puasa yer...



p/s: tak silap aku ler raye pada 19/09/2009...keheheheee

Wednesday, August 12, 2009

PIKOM PC Fair 2009 - Terengganu Trade Centre Kuala Terengganu

Jom ramai² datang ke PIKOM PC Fair 2009 di Terengganu Trade Centre Kuala Terengganu.. Aku & Geng ade join menjual peralatan komputer kat situ.. PC Fair kali ini komperm MURAH!!!.. PC Fair kali ini dianjurkan oleh PIKOM.. Datang Jangan Tak Datang...


PIKOM PC FAIR dikelolakan oleh PIKOM, atau Association Computer dan Industri Multimedia Malaysia. PIKOM PC FAIR yang pertama telah diadakan pada 1995, pada Stadium Negara di Kuala Lumpur di mana ia menerima lebih dari 25000 orang pelawat.

Hari ini, PIKOM PC FAIR telah dianjurkan dari sekali setahun kepada tiga kali setahun pada lebih daripada 25 lokasi di Malaysia. Pameran itu menarik seramai 1.3 juta pengunjung setiap tahun dan dikenali oleh Malaysia Book Records sebagai Largest ICT Fair di Malaysia.


Peta booth peserta PIKOM PC Fair 2009 - Terengganu Trade Centre Kuala Terengganu.. Dalam peta itu aku dah letak garis putus² kaler hijau menuju ketempat Booth kami...name booth kami: KT54 Agogo Enterprise. Kami jual peralatan komputer, pendrive, laptop fan, memory card reader dan macam² lagi... Harga komferm murah giler²...


Ini PASS aku.. selaku peserta meniaga kat Booth KT54 Agogo Enterprise kat PC fair. Ini gambar depan.


Ini gambar belakang PASS peserta.. kat belakang pass ade Jadual dan lokasi PIKOM PC Fair 2009. Jangan korang Scan Print plak PASS aku ni....


Ini pakaian seragam yang disediakan oleh kompeni kami.. wahhh baju free..

Harap semua warga Negeri TErengganu dapat datang beramai² memeriahkan lagi PIKOM PC Fair 2009. Walaupun ramai yang takut dengan penularan Virus Influenza A H1N1 (selsema Babi) , aku harap ini tidak menyekat korang semua datang.. datanglah dengan memakai MASK untuk keselamatan..


Pameran PC 2009 (II) lokasi-lokasi dan tempat adalah:

31 July - 2 August 2009 (11:00am - 9:00pm)
* KL Convention Centre, Kuala Lumpur - Kuala Lumpur City Centre, 50888 Kuala Lumpur
* Village Mall, Sungai Petani - Kedah
* Dewan Perbandaran Taiping - Perak
* Batu Pahat Mall, Batu Pahat - Johor


7 August - 9 August 2009 (11:00am - 9:00pm)
* Penang International Sports Arena, Penang - Jalan Tun Dr Awang, 11900 Relau
* Mahkota Parade Melaka, Melaka - Jalan Merdeka, 75000 Bandar Hilir
* Sabah Trade Centre, Kota Kinabalu - Sabah
* Berjaya Megamall, Kuantan - Pahang


13 August - 15 August 2009 (11:00am - 9:00pm)
* KB Mall, Kota Bharu - Kelantan
* Terengganu Trade Centre, Kuala Terengganu - Terengganu


14 August - 16 August 2009 (11:00am - 9:00pm)
* Persada Johor International Convention Centre, Johor Bahru - Jalan Abdullah Ibrahim, 80000 Johor Bahru
* Stadium Indera Mulia, Ipoh, Perak - Jalan Ghazali Jawi, 31400 Ipoh


Please contact the PC Fair Team at +603 7955 2922 o r email us at pcfair@pikom.org.my for further information.



P/S: Datanglah kat booth kami KT54 Agogo Enterprise....

Saturday, August 1, 2009

Main Fantasy Soccer Menang Hadiah RM50,000(Win RM50,000 in cash prizes)

You own your team, you call the shots. Stadiumastro Fantasy is where you pick your best players in the battle for supremacy on the BPL while working on a limited budget of 100 units. Pick the best 12 players, prepare for upcoming matches, challenge friends and colleagues and make deals happen through player transfers. Finish on top of the league at the end of the BPL season and you’ll walk away with attractive prizes. Is managing football that easy? Play it only on Stadiumastro Fantasy.



Win RM50,000 in cash prizes!

The ultimate online football game has arrived on Stadiumastro Fantasy

All you have to is to finish on top of the league at the end of the season and you will walk away with grand prize of RM25,000!

Finish in second place at the end of the 2009/2010 season and take home RM10,000 while the third place finisher will receive RM 5,000.

We will also be giving out monthly prizes worth RM1,000 each to the best performing team from August 2009 to May 2010.


Prize money breakdown


Prize Value
Overall 1st Prize RM 25,000
Overall 2nd Prize RM 10,000
Overall 3rd Prize RM 5,000
August 1st Prize RM 1,000
September 1st Prize RM 1,000
October 1st Prize RM 1,000
November 1st Prize RM 1,000
December 1st Prize RM 1,000
January 1st Prize RM 1,000
February 1st Prize RM 1,000
March 1st Prize RM 1,000
April 1st Prize RM 1,000
Overall 1st Prize RM 1,000





p/s: Dah register jangan lupe Join league aku : 4463-516