Saturday, July 25, 2009

Buah Setar Gergasi

Buah setar gergasi telah di temui di kg Bukit Tok Beng, Seberang Takir, KT... Buah setar atau lebih dikenali sebagai buah stor/stol/sentul oleh penduduk tempatan ini amat besar saiznya. boleh masuk world guiness book of record. Saiz nya amat ketara sehingga nak habiskan makan buah itu mengambil masa yang lama...


Gambar di atas ini ialah 2 biji buah setar gergasi yang ditemui. Ini baru saiz kecik. lihat betapa besarnya dia. kalau saiz sebenar ianya lebih besar..


Gambar diatas ini ialah buah setar yang di bandingkan dengan buat rambutan.. lihat ia amat besar. Buah rambutan itu adalah saiz terbesar yang diperolehi tetapi tetap tidak boleh menandingi buah setar gergasi..


Begitu juga buah manggis.. masih kecil kalau dibandingkan dengan buah setar gergasi ini.. Aku juga telah buat perbandingan buah setar dengan benda lain separti:


dengan mouse(tetikus komputer).. buah setar tetap besar..


Dibandingkan pula dengan bola snooker.. wahhh buah setar tetap besar saiz nya..


Dibandingkan pula dengan semut dan kumbang(kabor)... buah setar gergasi ini tetap besar..


Dibandingkan pula dengan beras.. koperm beras tak boleh tandingi saiz buah setar..


Dibandingkan pula dengan telur ayam omega T Gred AAA+++... tetapi seperti perbandingan yang lain² di atas, buah setar gergasi tetap besar..


Ini gambar bila buah setar di buat rojak.. uuuummm sedap nye..


Ini rojak setar di campur keropok.. wah wah wahh.. sedap nih..


p/s: Buah setar gergasi ini sangat besar saiznya..

Friday, July 24, 2009

Bola Tampar Pantai KSK Dun Seberang Takir 2009

Hari ini aku telah turut serta pertandingan Bola Tampar Pantai KSK dun Seberang Takir 2009 di pantai Teluk Ketapang. Ramai peserta dari semua pelusuk kampung datang main. Setiap kumpulan diwakili seramai 5 orang pemain. 4-main 1-simpanan.


Ini adalah jadual perlawanan dan nama kumpulan yang bermain. aku punye team name : Bukit Tok Beng (B). Game yang pertama team aku kalah dengan bergaya sakan, First time main bola tampar pantai ni.... TEam aku kalah tipis aje.. Kubang Badak 15-13 Bukit Tok BEng (B).. kena pulak team aku yg sepatutnya seramai 5 pagi tu cuma ade 3 aje. so 3 vs 4 kalah tipis. kira hebat lah tu...


Khemah urus setia yang alar kadar aje.. Pagi tadi hujan renyai².. tak basah pun.. Hadiah: no1. RM500, no.2 RM300, no.3 RM100...masuk main FREE aje.. Aku punye team terkeluar awal. kite orang kalah game pertama, menang game kedua dan kalah pada game ketiga dengan team PGA.. kalah tipis juga..
Disebabkan kalah 2 kali so team aku kena reject...


Ini team mane ntah aku lupe name. Yang pasti lelaki baju merah sebelah kanan tu bawa anak nak pegi pasar (Pasar KEM) pastu singgah kat tempat kite main ni dan dengan rela hati dia ganti pemain yang tak datang. Anak dia suruh aku jaga. takpe..kite kan geng.. Habis game dia terkejut 5 misscall dari bini.. mesti kena marah pasal suruh pegi pasar dia singgah main bola tampar..


Ini anak si baju merah tuu.... Keluhan seorang anak: "papa.. papa.. mama suruh pergi pasar bukan main bola.."


Ini lagi gambar kumpulan lain yang tengah beraksi.. team mane ntah lupe nak catit.. Tempat kite orang main baik punye pot. Semua orang mesti tahu punye.. Betul² kat klinik Teluk Ketapang, Selekoh jalan tu ada Wakaf... kat situ lah kite orang main..


Ini rakaman video team aku Bukit Tok BEng(B) vs KG Jati, yang ni kite orang menang..Team aku yg starting duk belah kanan.. Yang sebelah kanan tu team KG JAti.. Budak yang berseluar pendek kaler merah yang bising² tu ialah pemain import team aku..pasal team aku lagi sorang tarik diri. Knape aku tak main? kalau aku main sape pula nak amik video/gambar ni. khehehee...


p/s: Bila lagi nak anjurkan sukan sebegini. join free hadiah tiptop..kehehhee..




Wednesday, July 22, 2009

E-book Terengganu

Negeri Terengganu telah memperuntukkan RM30 juta setahun bagi projek e-Book. Setiap komputer yang dibekalkan berharga kira-kira RM1,300 dan setiap murid sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah menerima e-Book sebelum mengedarkannya ke negeri lain.

e-Book iaitu mini laptop yang dilengkapi pelbagai perisian buku-buku teks sekolah rendah serta perisian tambahan termasukal-Quran, doa-doa dan amalan solat yang boleh digunakan oleh semua pelajar Tahun Lima di negeri ini.


Siap ade webcam dan wireless! menggunakan window XP dan Processor Pentium ATOM, 1GB RAM dan 120GB HardDisk.


sebelah kanan: usb, memory card reader, Wlan dan power


Belah kiri: lubang angin, audio, usb


paparan keyboard same mcm laptop biasa.


-Hak milik kerajaan Negeri terengganu
-Cas E-book sebelum datang ke sekolah
-kalau rosak bagi tahu kepada Executive IT Officer(EIO) sekolah


Advantage/ kebaikan:
  • kurang bebanan budak sekolah bila tak perlu bawa buku teks yg berat².
  • budak celik IT.
  • percuma tak perlu bayar.
  • banyak nota dan latihan dalam bentuk aplikasi menarik minat belajar.
  • tatacara ebook dalam BI, so ia membantu pelajar tingkat pretasi BI.
  • kalau rosak tak perlu bayar tapi kalau hilang baru kena bayar.

Disadvantage/keburukan:
  • disalah guna oleh pelajar (game, web lucah, chatting, laman sosial).
  • masih ade guru yg tak nak gune ebook tapi suruh pelajar bawa buku teks.
  • guna window XP (kena bayar lesen, mudah kena virus).
  • kena cas setiap hari sebelum kesekolah (bazir letrik).

Komen peribadi aku:
  • gune OS percuma seperti BSD, Mac OS, GNU/Linux, SunOS (Solaris/OpenSolaris).
  • banyakkan aplikasi nota, rujukan dan latihan yg menarik minat pelajar.
  • kalau exam dapat cemerlang maka eBook jadi hak milik anda.
  • sekolah sediakan wireless mudahkan pelajar layari internet.
  • buat online video conference dengan cikgu (tuisyen dlm bilik kat rumah je).
  • sekolah mesti mempunyai web dimana pelajar boleh tanye soalan atau download latihan kat web.
  • di pasang "deep freeze" atau aplikasi semacam dengannya yg dapat memantau ebook dari dijangkiti virus. (Reset ebook setiap kali restat atau shutdown).
  • pasang Autorun killer, autorun block...ape² yg boleh halang autorun.


p/s: Terengganu memang best...

p/s/s: aPehal pulak hasil negeri Terengganu nak kena kongsi sama rata dengan negeri lain...


Saturday, July 18, 2009

Malaysia vs Manchester United

Malaysia 2 - Manchester United 3

Perlawanan antara Malaysia dengan Manchester United yang berlangsung pada pukul 5.30 petang tadi di Stadium Nasional Bukit Jalil disaksikan lebih 95,000 penonton.

United dibarisi pemain utama seperti:
Edwin van der Sar (penjaga gol)
Gary Neville (ketua pasukan)
Patrice Evra
Rio Ferdinand
Jonny Evans
Scholes
Michael Carrick
Ryan Giggs
Nani
Wayne Rooney
Dimitar Berbatov.

Manakala pemain Malaysia telah dipilih dengan empat pemain senior disenaraikan iaitu Mohd Amri Yahyah (Selangor), Indra Putra Mahayuddin (Kelantan), V. Thirumurugan (Kedah) dan Norhafiz Zamani Misbah (KL Plus).

Selebihnya adalah pemain-pemain berusia bawah 23 tahun dengan matlmat utama perlawanan ini adalah sebagai pendedahan dan persiapan skuad negara untuk menghadapi Kejohanan Sukan SEA di Laos pada Disember nanti.

Berikut adalah senarai penuh 28 pemain yang diumumkan oleh FAM.

Perlis
1) Mohd Farizal Bin Marlias
2) Mazlizam Bin Mohamad
3) Amar Bin Rohidan

Kedah
4) Baddrol Bin Bakthiar
5) Mohd Kyril Muhymeen Bin Zambri
6) Mat Sabre Bin Mat Abu
7) V. Thirumurugan

Selangor
8) Mohd Amri Yahyah
9) Mohd Amirulhadi Bin Zainal
10) Mohd Asraruddin Putra Bin Omar

Kelantan
11) Indraputra Mahayuddin

PLUS FC
12) Norhafiz Zamani Misbah
13) Mohd Safiq Rahim

Negeri Sembilan
14) Mohd Aidil Zafuan Abd Razak
15) Mohd Zaquan Abd Razak
16) Kunalan a/l Subramaniam

Terengganu
17) Mohd Sharbinee Allawee Bin Ramli

MyTeam
18) Mohd Bunyamin Umar
19) Mohd Azmi Bin Muslim
20) Norshahrul Idlan Talaha
21) Stanley Bernard
22) Syed Adney

Harimau Muda
23) Mohd Muslim Bin Ahmad
24) K.Gurusamy Govandar
25) Ahmad Shakir Bin Mohd Ali

Kuala Muda NAZA
26) Farderin Bin Kadir

Shahzan Muda
27) Mahathevan Gengatharan

Felda United
28) Kamarul Afiq Bin Kamaruddin


kat bawah ni aku kasi video GOAL antara malaysia dengan man utd:
Malaysia 2 - Manchester United 3



p/s: Malaysia yang hebat atau Manchester United yang ade masalah???

Tuesday, July 14, 2009

Buat ChatBox Melayang Pada Blog


Hai, Hari ni kojoe nak kongsi dengan rakan blogger cara nak buat chatbox dlm blog kita terapung(float) dan kekal di tempatnya walaupun kita scroll down atau scroll up. Macam mane tu chatbox boleh terapung? tak perlu hairan kerana disini ada beberapa koding yg perlu kita copy kat blog html. caranya ialah..


***contoh Shoutmix(chatbox) terapung***

Gambar diatas ialah hasil bila kita letakkan koding yg disediakan dan chatbox akan berada di kiri atau kanan ikut kesesuaian kita(edit koding tu)..ia akan terus terapung di tempat yg sama walaupun kita scroll keatas atau kebawah.


Caranya ialah:

1. Log In account blogger Anda
2. Setelah itu klik Layout > Edit HTML
3. Masukkan kode kaler OREN ini tepat di atas kode ]]></b:skin>

#kojoe {
position:fixed;_position:absolute;bottom:0px; right:0px;
clip:inherit;
_top:expression(document.documentElement.scrollTop+
document.documentElement.clientHeight-this.clientHeight);
_left:expression(document.documentElement.scrollLeft+
document.documentElement.clientWidth - offsetWidth); }


*mcm gambar kat bawah ni...


4. Pastu masukkan code color OREN ni tepat di atas kode </body>
    <div id='kojoe'>
-----Disini coding chat box anda-----
    </div>


*mcm gambar kat bawah ni


5. Untuk kode yang berwarna HIJAU Anda boleh letak dengan code ChatBox Anda
6. save dan lihat hasilnya

p/s: thanks to Blog Z TECH V 5

Saturday, July 11, 2009

Bayaran Dari Google Adsense

Assalammualaikum wbt..,

Hari ni nak aku ceritakan betapa bahgianya aku pabila sampai sepucuk surat dari oversea. memang aku dah lama menunggu surat ini. surat ini adalah daripada Google Adsense. Mengandungi cek atas name aku hasil daripada usaha memantapkan blog aku. dan ini hasilnya...


***klik gambar nak kasi besar***
Gambar di atas adalah surat besertakan cek. wah wah wah.. aku dapat cek bernilai U$D280.23.. kalau ditukarkan kepada duit malaysia jadinye :

Live rates at 2009.07.11 15:04:54 UTC

280.23 USD

=

1,000.70 MYR

United States Dollars
Malaysia Ringgits
1 USD = 3.57099 MYR
1 MYR = 0.280034 USD



wahhhhhhhhhhhh...dah boleh kate banyak.. baru 280.23... kalau 300 = 1000 lebih... kalau 500 dah jadi 1700 lebih... kalau satu juta...!!! aiyakkkkkk....!!!


***klik kasi jelas gambar ni***

ini plak gambar cek google adsense.. pada masa post ni, aku tak pegi cek Deposit lagi cek aku ni. aku nak gi esok. so aku kasi hitam mane aku rase penting. mane tahu kot korang print plak cek ni. hahahahaa...

ape aku nak buat dengan duit hasil iklan dari adsense ni? korang setuju tak kalau aku beli henphone baru. tak pun aku beli laptop.. hmmm hmmm...


p/s: Jom pikirkan ape yang patut aku buat dengan duit adsense ni...

p/s/s: Cara buat Adsense --> http://malaydilemma.com/

Tuesday, July 7, 2009

Selipar-ku Dicuri Orang

Selipar aku yang telah dicuri
Sungguh malang naseb aku pada tanggal 05/07/2009 pabila tanpa diduga selipar aku dicuri semasa aku berada di cyber cafe oleh segerombolan pencuri yg ntah ape kes banyak² selipar, selipar aku juga yg dicuri...


Salinan report polis yg aku buat
***klik gambar baru besar boleh bace***


Aku memang tak puas hati pasal selipar aku ni dicuri., selipar ini banyak sentimental value bagi aku. selipar ini merupakan selipar raye aku pada tahun 2004.. dah lame sangat aku jage, tak terjejas pun tapak, color dan keaadaannya. aku jage bagaikan anak kesayangan aku sendiri walhal aku takde anak sebab tak kahwin lagi.

Aku harap dengan tereport nye kes mencuri selipar aku ni maka pihak polis akan mengambil tindakkan...

Antara tindakkan yg perlu POLIS buat:
1-buat rondaan di setiap cyber kafe
2-buat spot check
3-kawad cam kepada suspek
4-buat sekatan di depan pintu cyber kafe
5-operasi besar²an dimana semua polis di bukit aman turun dan tangkap pencuri selipar.
6- korang tambah sendiri...tindakkan yg perlu polis buat adalah infiniti....

Kalau diikutkan perasaan aku ni, hendak nya aku curi balik selipar semua orang kat cyber cafe itu. tetapi aku tak buat pasal tu cyber cafe kawan aku...nanti tak pasal² aku plak kena black list.


p/s: berhati² kepada semua pengunjung cyber cafe yg selipar letak kat luar.. pencuri ada dimana² saja dan sedang memerhati andaaaaa....

Jom Main --> Fantasy Pemier League

Jom Main --> Fantasy Pemier League <-- klik utk join

Aku suke sangat main EPL fantasy... dengan adenya game online ni maka aku tanpa segan silu aku dapat mengenali player Liga Enggris ni... bukan sorang dua tapi boleh dikatakan setiap star dalam club mereka aku ingat name...


kenapa mesti main game ni?
Sebab ianya best.. dapat menguji kita jadi seorang manager yg berjaya.. stakat aku main aku cuma berada di no2 aje... belum kesampaian utuk menjadi juara liga..

ia sungguh mencabar bila time kite pilih player yg bersesuaian dan mengikut duit yg dikasikan.. starting game kite diberi 100 juta..dalam game ni dia tulis 100 je.. juta tu aku tambah..

tobak macam real game ni.. REAL laa pasal point dikira ikut player sebenar..dan game yg sebenar...


Macam mane main game ni??
-daftar dulu..
-kite buleh pilih max 3 player setiap club English Premier League(EPL)..
-di beri duit sebanyak 100... kena pandai beli player..
-setiap hari sabtu game bermula..(real punye bola dlm tv main) maka point player dikira..
-player diberi point ikut live punye game.
-defend jaring gol dpt 6 point, midfield dan stiker jaring gol dpt 3 point.
-pemain yg kita jadikan dia captain, pointnya di darab 2.
-korang buka http://fantasy.premierleague.com/ pastu bace sendiri syarat dan dan cara main.
-utuk season 2009/2010 ni game akan mula pada 15 ogos..so daftar la cepat.. semolek nya bulan ogos tu korang stat daftar dan susun pilih player..


**click pada gambar baru gambar jadi besar
Gambar atas ni adalah team aku season 2008/09... aku berada pada nomo 2 dlm liga... kalau korang tengok dalam gabar tu aku letak nomo...


Penerangan dari gambar ikut nombor:
1-name team kite create
2-jersey team kite
3-name manager
4-Point mingguan
5-captain (kena pandai pilih cap. pasal point cap. di darab 2)
6-name liga yg kita join(liga ni create sendiri/join liga orang lain)
7-kedudukan ranking kita dalam liga
8-info player(kuning-player maybe x main, merah- koperm x main)
9-player simpanan
10-team value starting 100(team aku naik harga jadi 106.2)
*- club pilihan kite (aku nye rahsieeer)


Jadual Perlawanan Season 2009/10

p/s: ape yg penting korang selalukan update player.. baru dapat point tinggi.. dan kalau anda top ranking dalam dunia anda mungkin dpt hadiah tiket, jersey dan mcm² lagi.. Jom main ape tunggu lagi...

+p/s: bila liga malaysia nak buat game fantasy nih???

Monday, July 6, 2009

Kerapu Masak Tiga Rasa

Assalammualaikkum wbt..,

Hari ni aku dan the geng pergi ke restoren kawan sekampung... kite orang bawa 10 ekor ikan kerapu hasil tangkapan yg dikumpul bersama... Kite orang mitak tokey restoren masak tiga rasa...

kat bawah ni aku kasi resipi buat "kerapu tiga rasa"...selamat mencuba..

Bahan-bahan ( 5 orang )

  • Seekor ikan kerapu
  • 2 biji bawang putih - dicincang halus
  • 5 biji bawang merah - dicincang halus
  • 8 biji cili merah - dicincang halus (kalau suka pedas boleh gandakan cili ataupun guna cili api)
  • 2 biji tomato - dipotong dadu
  • 2 kerat nenas - di potong dadu
  • 2 sudu cili boh
  • 3 sudu sos tiram
  • 2 sudu sos ikan
  • Sedikit daun ketumbar
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • serbuk kunyit, garam, gula & serbuk perasa
  • Minyak

Cara-cara

  1. Ikan dibersihkan dan dilumurkan dengan garam, serbuk kunyit, cili boh & tepung jagung. Goreng ikan tersebut sehingga garing. Angkat & toskan.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali lain dan masukkan bawang putih yg dicincang & goreng sehingga separuh kekuningan. Kemudian masukkan bawang merah & goreng lagi sehingga naik bau.
  3. Masukkan lada merah yg telah dicincang tadi & goreng seketika. Kemudian, masukkan pula nenas.
  4. Masukkan tomato cincang, sos tiram, sos ikan, gula, garam, bahan perasa & tepung jagung yg telah dibancuh dgn air.
  5. Apabila sudah masak, tuang kuah tadi ke atas ikan dan hiaskan dengan daun ketumbar.