Wednesday, July 22, 2009

E-book Terengganu

Negeri Terengganu telah memperuntukkan RM30 juta setahun bagi projek e-Book. Setiap komputer yang dibekalkan berharga kira-kira RM1,300 dan setiap murid sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah menerima e-Book sebelum mengedarkannya ke negeri lain.

e-Book iaitu mini laptop yang dilengkapi pelbagai perisian buku-buku teks sekolah rendah serta perisian tambahan termasukal-Quran, doa-doa dan amalan solat yang boleh digunakan oleh semua pelajar Tahun Lima di negeri ini.


Siap ade webcam dan wireless! menggunakan window XP dan Processor Pentium ATOM, 1GB RAM dan 120GB HardDisk.


sebelah kanan: usb, memory card reader, Wlan dan power


Belah kiri: lubang angin, audio, usb


paparan keyboard same mcm laptop biasa.


-Hak milik kerajaan Negeri terengganu
-Cas E-book sebelum datang ke sekolah
-kalau rosak bagi tahu kepada Executive IT Officer(EIO) sekolah


Advantage/ kebaikan:
  • kurang bebanan budak sekolah bila tak perlu bawa buku teks yg berat².
  • budak celik IT.
  • percuma tak perlu bayar.
  • banyak nota dan latihan dalam bentuk aplikasi menarik minat belajar.
  • tatacara ebook dalam BI, so ia membantu pelajar tingkat pretasi BI.
  • kalau rosak tak perlu bayar tapi kalau hilang baru kena bayar.

Disadvantage/keburukan:
  • disalah guna oleh pelajar (game, web lucah, chatting, laman sosial).
  • masih ade guru yg tak nak gune ebook tapi suruh pelajar bawa buku teks.
  • guna window XP (kena bayar lesen, mudah kena virus).
  • kena cas setiap hari sebelum kesekolah (bazir letrik).

Komen peribadi aku:
  • gune OS percuma seperti BSD, Mac OS, GNU/Linux, SunOS (Solaris/OpenSolaris).
  • banyakkan aplikasi nota, rujukan dan latihan yg menarik minat pelajar.
  • kalau exam dapat cemerlang maka eBook jadi hak milik anda.
  • sekolah sediakan wireless mudahkan pelajar layari internet.
  • buat online video conference dengan cikgu (tuisyen dlm bilik kat rumah je).
  • sekolah mesti mempunyai web dimana pelajar boleh tanye soalan atau download latihan kat web.
  • di pasang "deep freeze" atau aplikasi semacam dengannya yg dapat memantau ebook dari dijangkiti virus. (Reset ebook setiap kali restat atau shutdown).
  • pasang Autorun killer, autorun block...ape² yg boleh halang autorun.


p/s: Terengganu memang best...

p/s/s: aPehal pulak hasil negeri Terengganu nak kena kongsi sama rata dengan negeri lain...


4 comments:

  1. eBook utk budak skolah je? aku ni pemBloger tak dapat ke? kalau kasi kat aku nanti aku banyakkan lagi posting dlm BLog aku.. kah kah kah kah..

    ReplyDelete
  2. cm bes je dpt eBook..sonok r bebudak skulah..huhukk..kompem salah gune punye :P

    ReplyDelete
  3. kalau budak skolah salah gune ebook aku dah tak nak kasi ebook tu lain kali.. baik aku pasang atap rumah orang miskin lagi berbaloi...

    ReplyDelete
  4. mana bleh bli skrg ni? ebook aq hilang doh

    ReplyDelete