Sunday, April 12, 2009

SEMAKAN PERMOHONAN & TEMPAT UJIAN MEdSI DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH (DPLI) AMBILAN JULAI 2009

Pemohon yang telah memohon Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) Ambilan Julai 2009 boleh menyemak status permohonan dan tempat Ujian MEdSI di Laman Web MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA (MPM)
http://www.mpm.edu.my/medsireg/index.php

* Sila cetak Tiket Panggilan Ujian dan bawa bersama pada hari Ujian MEdSI 18 April 2009 (Sabtu) Jam 9.00 Pagi


MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA (MPM)

http://www.mpm.edu.my

PANDUAN UJIAN MEdSI

1. Calon boleh menyemak sama ada LAYAK atau TIDAK untuk menduduki MEdSI di laman Web www.mpm.edu.my mulai 13 April 2009.

2. Tarikh Menduduki MEdSI untuk seluruh negara adalah pada 18 April 2009.

3. NAMA TEMPAT untuk menduduki MEdSI adalah DIPILIH OLEH CALON SENDIRI ketika mengisi permohonan on-line kemasukan pelajar melalui laman web upu.mohe.gov.my

4. SEMAKAN TEMPAT menduduki juga melalui laman web MPM (Majlis Peperiksaan Malaysia).

5. TIADA BAYARAN DIKENAKAN untuk menduduki MEdSI.

6. MEdSI hanyalah untuk calon-calon yang memohon Program Pendidikan pada pilihan 1 dan 2 sahaja ketika permohonan on-line.

7. Ujian MEdSI adalah ujian personaliti untuk menguji MINAT CALON TERHADAP PROFESSION KEGURUAN, INTEGRITI, KECERDASAN EMOSI dan PERSONALITI GURU.

8. Soalan ujian MEdSI mengandungi 300 SOALAN dan perlu dijawab dalam masa 1 JAM.

9. JAWAPAN perlu diberi dalam bentuk YA atau TIDAK sahaja.

10. Ujian MEdSI hanya diadakan apabila pengambilan pelajar dibuka dan secara AUTOMATIK ujian MEdSI akan ditawarkan jika calon memohon Program Pendidikan pada pilihan 1 dan 2 bergantung kepada kelayakan calon samada memenuhi syarat program yang dipohon atau tidak.

11. Ujian MEdSI hanya SAH untuk sekali ambilan sahaja.

12. Ujian MEdSI adalah ujian khas kepada calon-calon yang memohon kemasukan ke Program Pendidikan seperti ISMP (Ijazah Sarjana Muda Pendidikan) dan DPLI (Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah).

No comments:

Post a Comment