Tuesday, June 30, 2009

Hobi Baru Aku Memancing

Assalammualaikum wbt.., syukur alhamdulillah.....
Post aku hari ni ialah mengenai hobi memancing. Dan sempena post aku hari ni genap lah seminggu aku gi memancing...

Ape yg korang nampak dalam gambar diatas ialah peralatan aku pegi memancing. Semua peralatan itu tidak perlu banyak modal. aku cume beli REEL(engin joran) beharga RM28, mata kail, tali dan batu pemberat. semua sekali kalau dikira tak sampai RM40.... kenapa murah? pasal batang jorang tu aku pinjam dengan sepupu aku. Harge batang joran tu mahal ler... lebey kurang RM188 ,tetapi disebabkan kelicikan aku..aku telah pinjam dengan sepupu aku yg juga kaki pancing.

Ini gambar aku kat tempat aku gi mancing, ia di panggil "BATU"... tempat nya ialah hujung tanjung , seberang takir, kuala terengganu, terengganu darul imang.

Ini gambar aku tak sempat posing hensem... tu yg baju merah tu Zaba a.k.a ayie.. tu dia mintak tolong ikat mata kail... ape kes lah nak gi mancing tapi mata kail suruh aku ikat. takpe² nanti dapat ikan kasi kat aku.. hehehhee...

Ini gambar awak²... sedang asyik menyediakan peralatan pancing utk memulakan operasi mengail... tempat ni memang bessssssssttt.. banyak ikang...

Ini adalah hasil tangkapan aku pada hari ke 7... dapat 5 ekor kerapu besar tapak tangan dan beberapa ekor spesis ikan murah.. hehehhee.. kat sini aku sebut species ikan mahal aje.. tengok tuuu hidup lagi.. Fresshhhhhhh

Dan gambar last ni ialah dimana hasil tangkapan aku semua garing digoreng kunyit.. hmmmm enak sekali... mak aku bilang minggu ni dah tak perlu kepasar pasal dapat ikan free.. ikan mahal plak tuu...

Kepada kaki² pancing yg suke memancing.. datang lah ke terengganu.. kat sini banyak lokasi memancing yg takkan mengecewakan kaki pancing..


P/s: aku gi mancing tak dapat ikan pun, tapi kawan² yg bagi kat aku.. aku sekadar lempar batu kelaut..ikan orang kasi.. hehhehee... itulah name nye REZEKI...


2 comments:

  1. you are truly a just right webmaster. The site loading speed is incredible.

    It kind of feels that you're doing any unique trick. Moreover, The contents are masterpiece. you have done a magnificent job on this matter!
    My web page ; pizza games dress up games

    ReplyDelete
  2. Hihihi..q mau mancing bisa ga ? Ntr bulan April ni q mau ke terengganu. Q juga minat mancing. Q suka surf casting. Q mau tanya mas di pantai terengganu tempat mas mancing tuh ga da pasir ya kog pada suma batu aj ? Maksut q pantai yang landai gitu.senang q bisa casting ;)

    ReplyDelete