Selipar aku yang telah dicuri

Sungguh malang naseb aku pada tanggal 05/07/2009 pabila tanpa diduga selipar aku dicuri semasa aku berada di cyber cafe oleh segerombolan pencuri yg ntah ape kes banyak² selipar, selipar aku juga yg dicuri...
Salinan report polis yg aku buat
***klik gambar baru besar boleh bace***
Aku memang tak puas hati pasal selipar aku ni dicuri., selipar ini banyak sentimental value bagi aku. selipar ini merupakan selipar raye aku pada tahun 2004.. dah lame sangat aku jage, tak terjejas pun tapak, color dan keaadaannya. aku jage bagaikan anak kesayangan aku sendiri walhal aku takde anak sebab tak kahwin lagi.
Aku harap dengan tereport nye kes mencuri selipar aku ni maka pihak polis akan mengambil tindakkan...
Antara tindakkan yg perlu POLIS buat:
1-buat rondaan di setiap cyber kafe
2-buat spot check
3-kawad cam kepada suspek
4-buat sekatan di depan pintu cyber kafe
5-operasi besar²an dimana semua polis di bukit aman turun dan tangkap pencuri selipar.
6- korang tambah sendiri...tindakkan yg perlu polis buat adalah infiniti....
Kalau diikutkan perasaan aku ni, hendak nya aku curi balik selipar semua orang kat cyber cafe itu. tetapi aku tak buat pasal tu cyber cafe kawan aku...nanti tak pasal² aku plak kena black list.
p/s: berhati² kepada semua pengunjung cyber cafe yg selipar letak kat luar.. pencuri ada dimana² saja dan sedang memerhati andaaaaa....