Saturday, October 31, 2009
Surat Kiriman Rasmi
Surat rasmi adalah salah satu karangan yang memerlukan kita sensitif dengan penggunaan tanda baca seperti penggunaan huruf besar dan huruf kecil. Karangan ini juga merupakan karangan yang penuh dengan format tersendiri yang mesti kamu ikuti.
Ini memudahkan anda melakukan kesalahan serta mudahlah markah anda melayang. Ia juga memudahkan anda mendapat markah jika anda mahir dengan formatnya.
1.Surat kiriman rasmi mempunyai format yang khusus.
2.Format surat rasmi mempunyai ciri-ciri teknikal tertentu.
3.Surat kiriman rasmi mestilah bersifat formal dan tidak menyentuh perkara-perkara peribadi.
4.Beberapa contoh surat kiriman rasmi adalah seperti berikut:
(a)Surat aduan
(b)Surat rayuan
(c)Surat memesan barangan
(d)Surat undangan menghadiri mesyuarat-mesyuarat yang penting dan rasmi
(e)Surat permohonan
(f)Surat pekeliling
5.Gunakanlah bahasa yang mudah, tepat dan padat. Bahasa yang digunakan mestilah baku dan betul dari segi ejaan dan tanda baca.
6.Elakkan penggunaan unsur-unsur kiasan dan ungkapan peribahasa dalam penulisan karangan jenis ini.
Format Surat Kiriman Rasmi:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
wuuuu tq cekgu! :)
ReplyDelete